Sabtu, 28 Jun 2014

APA DAH JADI DI SELANGOR....??

Tragedi kejatuhan kerajaan PAS Kedah bakal berulang diselangor.....??

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafiei berkata Tan Sri Khalid Ibrahim sewajarnya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut Suhaimi, tidak dinafikan Khalid mempunyai asas kepimpinan yang baik namun beliau juga perlu mengambil kira pandangan daripada partinya sendiri yang tidak gembira jika beliau terus memegang jawatan tersebut.
ADUN Sri Muda ,suhaimi shafiei
“Pertukaran Menteri Besar Selangor perlu bagi terus mendapatkan sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang.
“Kita memerlukan pemimpin baru yang dinamik dan mempunyai wawasan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Tambah Suhaimi yang juga merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), kurangnya sokongan daripada rakyat juga adalah sebagai isyarat untuk beliau menyerahkan jawatannya kepada pemimpin yang lebih berwibawa.
“Jika kita lihat, ramai anggota dalam parti kita (PKR) juga sudah tidak gembira.
“Kekalahan Khalid mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dilihat sebagai penanda aras untuk Khalid berundur,” jelasnya.
TSKI
Khalid tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam sekali gus gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan semula parti itu Sabtu lalu.
Manickavasagam memperoleh majoriti sebanyak 186 undi selepas mendapat 701 undi berbanding Khalid yang memperoleh 515 undi. -FMT-



KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kajang move sudah gagal.
PKNS move pun sudah gagal.
Maka tindakan terakhir, Khalid Ibrahim MOVE.. move move move dari jawatan menteri besar di Selangor..

KAH KAH KAH

Maka bergaduh-gaduh la mereka angkara KERUSI menteri besar..

Macam best jer drama dorang.. boleh UMNO buat lauk.

Pemberontakan keatas kepimpinan MB TSKI  di Selangor sekarang mirip pada pemberontakan keatas kepimpinan MB Allahyarham ustaz Azizan................ hukumanya sudah dilihat, jika tidak diambil iktibar tertulislah hikayat sebuah kerajaan PR dalam buku teks sejarah malaysia nanti...............





 

















dipetik dari blog amenoworld............















Selasa, 24 Jun 2014

MUHYIDIN : pantang anak melayu berundur dari jawatan..........



Malaysiakini melaporkan:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan akan berundur daripada Kabinet untuk memberi tumpuan kepada Umno.

Spekulasi tersebar dalam media sosial menyatakan tokoh politik itu akan memberi laluan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawat jawatan itu. -Mkini.
Juga dilaporkan:
"Tak ada (letak jawatan). Saya masih ada di sini lagi, masih alive and kicking," katanya kepada pemberita bagi menjawab desas-desus pengundurannya, dalam satu majlis di ibu negara.

"Selama mana saya berada dalam kabinet beliau (Najib) biasa berbincang dengan saya."Jadi setakat hari ini, tidak apa-apa pun perkara yang telah dibangkitkan melibatkan kedudukan saya sendiri," katanya lagi.

Muhyiddin juga berikrar untuk meneruskan khidmatnya selagi Najib yakin dan mempercayainya. -Ibid.

Aku langsung tak percaya Muhyiddin akan letak jawatan. Tak kira la apa alasan pun, hampir mustahil ada pemimpin Umno yang sanggup letak jawatan kecuali la kut kalau dia dipaksa san terpaksa.

Memang gila la kalau Muhyiddin sanggup letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, satu step ja lagi untuk jadi orang yang paling berkuasa di Malaysia.

Harakahdaily pula melaporkan:
Desas-desus perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkuatkan lagi oleh tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis di dalam blog beliau zamkata.blogspot, bekas menteri itu mendedahkan Muhyiddin sebenarnya sudah lama menyatakan hasrat untuk berundur dari kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya."

Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," katanya. - Hrkh.
Apa pun alasannya, aku yakin Muhyiddin lebih sanggup lawan Najib dari mengaku kalah awal-awal.

Apa pun aku harap, Najib kekal sebagai PM sehingga PRU akan datang. Pasainya lebih mudah Pakatan Rakyat nak menumbangkan Umno BN kalau Najib terus jadi PM berbanding jika Muhyiddin yang jadi PM sebelim PRU14 nanti.
p