Selasa, 24 Jun 2014

MUHYIDIN : pantang anak melayu berundur dari jawatan..........



Malaysiakini melaporkan:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan akan berundur daripada Kabinet untuk memberi tumpuan kepada Umno.

Spekulasi tersebar dalam media sosial menyatakan tokoh politik itu akan memberi laluan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawat jawatan itu. -Mkini.
Juga dilaporkan:
"Tak ada (letak jawatan). Saya masih ada di sini lagi, masih alive and kicking," katanya kepada pemberita bagi menjawab desas-desus pengundurannya, dalam satu majlis di ibu negara.

"Selama mana saya berada dalam kabinet beliau (Najib) biasa berbincang dengan saya."Jadi setakat hari ini, tidak apa-apa pun perkara yang telah dibangkitkan melibatkan kedudukan saya sendiri," katanya lagi.

Muhyiddin juga berikrar untuk meneruskan khidmatnya selagi Najib yakin dan mempercayainya. -Ibid.

Aku langsung tak percaya Muhyiddin akan letak jawatan. Tak kira la apa alasan pun, hampir mustahil ada pemimpin Umno yang sanggup letak jawatan kecuali la kut kalau dia dipaksa san terpaksa.

Memang gila la kalau Muhyiddin sanggup letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, satu step ja lagi untuk jadi orang yang paling berkuasa di Malaysia.

Harakahdaily pula melaporkan:
Desas-desus perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkuatkan lagi oleh tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis di dalam blog beliau zamkata.blogspot, bekas menteri itu mendedahkan Muhyiddin sebenarnya sudah lama menyatakan hasrat untuk berundur dari kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya."

Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," katanya. - Hrkh.
Apa pun alasannya, aku yakin Muhyiddin lebih sanggup lawan Najib dari mengaku kalah awal-awal.

Apa pun aku harap, Najib kekal sebagai PM sehingga PRU akan datang. Pasainya lebih mudah Pakatan Rakyat nak menumbangkan Umno BN kalau Najib terus jadi PM berbanding jika Muhyiddin yang jadi PM sebelim PRU14 nanti.
p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan