Ulasan TG HAJI HADI mengenai isu berkaitan.
Cakap2 yang mengaitkan PAS untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor adalah fitnah dan spekulasi semata2.
Walaupun
kita tengok ada beberapa blogger dah buat kempen untuk jatuhkan Khalid,
dan kita tengok beberapa geng2 PKR dah buat kempen untuk jatuhkan
Khalid di media sosial seperti twitter dan facebook namun perbincangan
mengenai pertukaran MB Selangor tidak membabitkan PAS sama sekali.
Aku
taknak side mana2. Aku boring dengan dorang punya pergaduhan dan
pertengkaran. Kalau aku pertahankan Khalid atau tidak pertahankan
Khalid, kedudukan aku sebagai rakyat tertindas tidak berubah secara
mendadak. Bahkan aku belum lagi nampak apa kebaikan yang aku akan dapat
jika aku sokong mana2 pihak sekalipun.
Ye.
Perlunya aku sebagai rakyat dan mana2 rakyat memikirkan bahawa jika
tiada kebaikan untuk diri kita buat apa kita terhegeh2 sokong orang
politik. Yang menang dan berjawatan sudah tentu gajinya. Elaunnya. Yang
ko dan aku terpekik2 macam orang bodoh dah kenapa. Betul tak?
So
aku belum faham lagi apa kebaikan yang aku akan dapat jika siding
dengan mana2 pihak. Cuma apa yang aku nampak.. lebih baik jawatan ini
kekal bersama Khalid jika mahu mengekang politikus rakus meratah duit
rakyat Selangor. Part neh aku bersetuju. Jika pertukaran jawatan adalah
mengenai PROJECT, POWER, MONEY maka biarlah si Khalid itu aje yang
pegang. Yang2 lain tue diam dan focus pada masalah rakyat Selangor boleh
tak? Tau ke tak tau yang orang dah boring melihat perebutan kuasa di
Selangor neh?
Nak2 yang cakap biar orang2 partisan uruskan hal2 orang partisan.
Kepala bana kau.
Undi ko dapat dari mana mangkok ayun?
Sapa bayar gaji ko sebagai wakil rakyat mangkok ayun?
Ko
ingat jadi orang parti dah besar sangat kepala ko? Ko cuba bertanding
tanpa mendapatkan undi dari rakyat. Aku nak tengok sejauh mana ko boleh
pergi. Dan apa? Rakyat pilih parti?
Orang2
partisan neh terlupa satu perkara. Orang tak pilih parti, sayang. Tak.
Orang pilih tolak penindasan, kekejaman, kezaliman dan ketirisan yang
berlaku dalam BN tue. Alternatif yang ada ialah PR. Jika ada alternatif
yang lain selain dari PR yang lebih baik, bersih dan terbukti boleh buat
kerja, apakah ko rasa rakyat akan pilih PR? Fikir2kan la ek. Dan ingat
tau, majoriti rakyat kat negara ini NON PARTISAN. Dan meskipun ada
rakyat yang berpartisan, belum tentu pendirian mereka akan seperti
partisan. Banyak kawan2 aku yang berpartisan pun berfikir macam NON
PARTISAN. So, ini menambahkan bilangan PEMIKIRAN NON PARTISAN. Jadi,
faham2 la ek.
Buat
kerja. Gaduh la korang tunggang langang pun. Janji gaduh pasal kerja.
Gaduh sebab masing2 berebut nak jadi yang paling pantas dan cekap buat
kerja demi kelangsungan rakyat. Tapi kalau gaduh bab nak berebut kuasa? G
matila. Aku persilakan dengan karpet merah.
Baca ;
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan kononnya beliau terbabit dalam komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari kedudukan Menteri Besar Selangor.
Tegas Abdul Hadi, beliau tidak pernah terbabit dalam mana-mana perbincangan berhubung perkara itu, termasuk ketika kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawatnya baru-baru ini.
Penafian itu disampaikan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Samsuri Mokhtar menerusi kenyataan ringkas pada Jumaat.
Menurut Samsuri, sama ada Anwar atau Abdul Hadi sendiri masing-masing tidak membangkitkan isu di Selangor termasuk kedudukan Menteri Besar.
“Bukan sahaja tidak ada sebarang perbincangan mengenai isu Selangor antara Datuk Seri Anwar dan Tuan Guru Abdul Hadi semasa lawatan di IJN tempohari, malah perkataan ‘Selangor’ atau ‘Menteri Besar’ pun tidak disebut langsung,” katanya
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa kononnya Abdul Khalid akan disingkirkan dari kedudukannya selepas Aidilfitri atau pada Ogos ini.
Laporan yang dimuatkan dalam ruangan komen oleh seorang kolumnis portal itu menyebut Anwar mengadakan perbincangan mengenai rancangan untuk menyingkirkan Abdul Khalid ketika di IJN baru-baru ini.
Tanpa memetik sumber maklumat tersebut, dikatakan Abdul Hadi akur dengan rancangan Anwar untuk menyingkirkan Abdul Khalid.
Dilaporkan bahawa kedudukan Abdul Khalid akan digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan menteri besar atau exco kanan.
Kepada petualang-petualang terutama yang didalam gambar dan tiada dalam gambar, jika kalian berjaya menjatuhkan Khalid Ibrahim dengan cara kotor sebegini kamu tunggu sahaja balasan dari rakyat....... "sayonara PKR"
ketua petualang
petualang betina
petualang pendek
petualang celupar
dipetik dari sumber AmenoWorld
diolah oleh LT.nan.com